SOALAN PEPERIKSAAN JURUAUDIT

Download Panduan Lengkap Temuduga

Isi borang di bawah :

Your Privacy is SAFE

Soalan Peperiksaan Juruaudit

soalan peperiksaan juruaudit

Hari demi hari, waktu silih berganti, semakin ramai calon-calon yang sudah mula resah akan mengikuti peperiksaan juruaudit gred 41. Boleh jadi ramai yang mula tertanya-tanya apakah soalan peperiksaan juruaudit yang bakal keluar nanti? Bagaimanakah bentuknya? Susahkah? Senangkah? Berbagai perasaan juga emosi berbaur cemas mula timbul.

Bertitik tolak dari itu, kami tepanggil untuk berkongsi manfaat dengan memberikan gambaran soalan peperiksaan juruaudit yang bakal dihadapi oleh para calon dengan harapan setiap calon yang bakal mengambil peperiksaan nanti bersedia dan lebih tenang serta yakin menghadapinya.

Soalan peperiksaan Juruaudit 2012 ini bertujuan menguji kebolehan calon berfikir secara sistematik. Di samping itu, ia juga bertujuan menguji sejauh mana calon dapat menggunakan ilmu pengetahuan yang telah diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalamannya.

Adalah ditegaskan di sini bahawa soalan peperiksaan juruaudit ini tidak sekali-kali bertujuan mengukur ilmu pengetahuan calon semata-mata dalam sesuatu bidang yang khusus. Soalan-soalan yang dikemukakan meliputi berbagai-bagai lapangan ilmu pengetahuan.

Calon-calon yang mengambil peperiksaan Juruaudit ini adalah dari beraneka jurusan dan soalan-soalan juga adalah dari berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan.

Mungkin terdapat soalan peperiksaan juruaudit yang anda tidak dapat jawab kerana diluar bidang ilmu pengetahuan anda. Tetapi anda tidak perlu bimbang kerana terdapat juga soalan-soalan yang anda seharusnya dapat menjawabnya dengan baik kerana ianya terkandung dalam bidang umum seperti penegetahuan am, sejarah, ekonomi dan lain-lain.

Soalan peperiksaan juruaudit ini adalah adalah untuk menguji kematangan pemikiran anda yang telah anda semai dan pupuk sepanjang riwayat persekolahan dan pengajian anda.

Ringkasnya, matlamat akhir peperiksaan ini adalah untuk mengukur kualiti dan potensi anda sebagai bakal Juruaudit.

Terdapat lima jenis kertas soalan peperiksaan juruaudit yang bakal dihadapi oleh setiap calon yang layak, iaitu:

Seksyen A: Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
Seksyen B: Daya menyelesaikan masalah
Seksyen C: Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Seksyen D: Esei Bahasa Melayu
Seksyen E: Esei Bahasa Inggeris

Berikut merupakan penerangan secara terpeinci bagi setiap jenis kertas :

SEKSYEN A soalan peperiksaan juruaudit – PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING

Masa: 40 minit

Bilangan Soalan: 50

Penerangan : Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum mengenai pengauditan, ekonomi, kewangan,  perdagangan, teknologi, pentadbiran kerajaan dan sosial. Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kepujian di dalam pelbagai bidang akademik. Siswazah-siswazah yang sering mengikuti perkembangan-perkembangan dunia melalui media massa dan media elektronik seperti surat khabar, majalah, internet dan buku-buku akan berkelebihan untuk menjawab soalan-soalan ini.

Contoh Soalan-soalan Pengetahuan Am Mengenai Malaysia Dan Alam Sekeliling

1. Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah satu persetujuan mengenai
A. penubuhan ASEAN.
B. penubuhan pasaran bersama untuk ASEAN.
C. pakatan ketenteraan di antara negara-negara ASEAN.
D. penubuhan Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali di Asia Tenggara.

Jawapan: D 2.

Apabila Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri, baginda hendaklah memilih seorang ahli Dewan Rakyat yang boleh mendapat sokongan majoriti
dan ia mestilah seorang yang
A. beragama Islam.
B. keturunan Melayu.
C. pernah menjadi Menteri Kabinet.
D. menjadi warganegara mengikut undang undang.

Jawapan: D

SEKSYEN B soalan peperiksaan juruaudit – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Masa: 45 minit

Bilangan Soalan: 40
Penerangan: Dalam seksyen ini calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan menggunakan

(i) Kemahiran Logik
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan-Soalan Daya menyelesaikan Masalah (Kemahiran Logik)

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Calon diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan agar mudah untuk calon memberi jawapan.

Contoh Soalan-Soalan Daya menyelesaikan Masalah (Kemahiran Menginterprestasi Data)

(iii) Konsep-konsep Matematik
Konsep Matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas Matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon. Calon-calon siswazah jurusan Matematik tidak mendapat kelebihan di seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan logik. Proses penyelesaian masalah tersebut mengaplikasikan konsep-konsep Matematik di peringkat Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM).

Contoh Soalan-Soalan Daya menyelesaikan Masalah (Konsep-konsep Matematik)

1. 8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu
sama lain) berapakah jumlah permainan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?
A. 28
B. 49
C. 56
D. 62

Jawapan: A

2. Terdapat 40 orang penuntut dalam sebuah kelas. 90% daripada mereka telah mengambil peperiksaan dan 3/4 daripadanya telah lulus. Berapakah bilangan
penuntut yang lulus?
A. 27
B. 30
C. 33
D. 36

Jawapan: A

Teknik menjawab
90% daripada 40 orang penuntut = 36 orang
3/4 daripada 36 orang penuntut = 27 orang

SEKSYEN C soalan peperiksaan juruaudit – KEFAHAMAN BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS

Masa: 45 minit

Bilangan Soalan: 40 soalan

Penerangan : Aspek yang diukur ialah:
i. Kemahiran memindahkan maklumat;
ii. Kefahaman; dan
iii. Kemahiran tatabahasa dan kosa-kata

Contoh Soalan-Soalan Kefahaman bahasa Melayu Dan baha Inggeris

Esei 1
Budaya perpustakaan masih sesuatu yang asing. Sesetengah golongan seperti pelajar hanya mengunjungi perpustakaan apabila ada tugasan atau untuk bertemu rakan. Pelajar yang dianggap sebagai golongan terdidik dalam masyarakat amnya mengehadkan bacaan kepada bidang pengkajian mereka sahaja. Kebanyakan pelajar tidak membaca buku selain daripada buku teks. Malangnya ramai pelajar hanya bergantung kepada nota kuliah. Akibatnya, pelajar kini tidak dapat menyuarakan idea bernas dan inovatif kepada sesuatu permasalahan.

Permasalahannya sekarang pelajar yang menimba ilmu kebanyakannya adalah mencapai matlamat kebendaan duniawi dari mendapat nilai dalam pendidikan itu sendiri. Budaya materialistic iaitu lima C: Career, Car, Condominium, Country Club & Card kini menjadi matlamat akhir pelajar. Ronald Dore menyebut perkara ini sebagai Diploma Disease iaitu pelajaran yang tergesa-gesa untuk mendapatkan sijil bukan kerana nilai dalaman pendidikan tetapi kerana nilai ekonomi dan martabat sosial yang mungkin boleh diperolehi olehnya.

Sekarang ramai pelajar yang mengejar ilmu untuk mendapatkan ganjaran duniawi. Kepentingan materialistik ini memang penting dalam kehidupan sekarang tetapi ia hendaklah dipastikan tidak menjadi matlamat akhir pendidikan. Julien Benda menyebut hal ini sebagai betrayal of the intelectuals. Menurut Benda, mereka berkhianat kerana tanggungjawab moral mereka sebagai kaum intelek kerana mereka lebih mementingkan nilai-nilai praktis itu sendiri dari nilai-nilai ilmu. Ada juga pihak yang mempunyai minat memiliki buku dan menyimpannya di rak tanpa memanfaatkannya. Hal ini akan melahirkan pelajar lulusan sarjana yang tidak mempunyai nilai ilmu yang sebenarnya dan mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai kaum intelektual. Kita perlu memastikan sistem pendidikan yang sedia ada tidak akan melahirkan ilmuan Frankenstein yang mengembangkan ilmunya yang menindas masyarakat.

Universiti tempatan sekarang lebih hangat bercakaptentang pengkorporatan dan pembinaan kampus yang lebih besar daripada pembinaan intelektual pelajar. Pembudayaan ilmu adalah satu usaha yang berterusan dan bukanlah berbentuk isu semasa. Pihak universiti hendaklah dalam kalangan masyarakat kampus. Oleh itu, untuk Malaysia mencapai cita-citanya menjadi sebuah negara yang maju pembudayaan ilmu hendaklah dititikberatkan dan dilakukan secara menyeluruh dalam setiap lapisan masyarakat. Pembudayaan ilmu hendaklah tidak menjadi budaya yang elit dan tertumpu di menara gading sahaja. Ilmuan universiti perlu ke sekolah-sekolah untuk menyemarakkan budaya ilmu.Kelab yang berasaskan konsep pembudayaan ilmu perlu diwujudkan dan berada di bawah naungan universiti.

1. Mesej yang cuba disampaikan oleh pengarang ialah
A. menuntut ilmu penting untuk golongan intelektual.
B. pembudayaan ilmu adalah suatu usaha yang berterusan.
C. pemisahan antara ilmu duniawi dengan ilmu islam.
D. budaya ilmu sebagai budaya elit.

Jawapan: B

2. Apabila pengarang menyatakan “kepentingan materialistik ini memang penting dalam kehidupan sekarang tetapi ia hendaklah dipastikan tidak menjadi
matlamat akhir pendidikan” beliau bermaksud bahawa

A. materialistik adalah tujuan utama dalam sistem pendidikan masa kini.
B. kepentingan materialistik adalah bukan tujuan utama sistem pendidikan negara.
C. perlu wujud keseimbangan dalam mengejar kehidupan di dunia.
D. sistem pendidikan perlu menekankan kesempurnaan dalam matlamat akhirnya.

Jawapan: B

3. Menurut pengarang, proses pembudayaan ilmu di sesebuah negara yang maju hendaklah dilakukan dengan
A. penglihatan semua golongan intelektual.
B. berperingkt-peringkat dan terancang.
C. pihak guru dan pelajar-pelajar sekolah.
D. menubuhkan kelab-kelab yang berasaskan ilmu.

Jawapan: C

Esei 2
The evidence is clear. Wherever there is permanent ice – Greenland, Antarctica, the Alps, the Himalayas – that ice is melting. Anybody who has been to high mountains will have noticed this fact. Scientists agree that the cause for this melting is very simple. The earth’s atmosphere is warming up.

The melting ice, in turn, is causing sea levels to rise as the extra water from the melting ice pours into the oceans. Already sea levels have risen about8 inches (20 cm) in recent years and scientists believe they could rise at least another 20 inches (50 cm) by the year 2100. This could put many heavily populated coastal areas at risk. Coastal Florida, the Nile Delta, Bangladesh and many other areas would end up under water.

Along with rising air temperatures, the ocean temperatures are also rising. This has brought changes in weather patterns, with more frequent and more severe storms. Risings ocean temperatures are also one of the factors in the death of coral reefs in the southern oceans. These reefs are the natural homes to 65 per cent of the world’s fish.

The warmer air temperatures are also causing changes in the world’s climate zones. In Europe, the southern countries along the Mediterranean are already becoming drier ad more desert-like. However, countries in Northern Europe, such as Germany and England, have experienced terrible floods from too much rain. Worldwide, agriculture will soon be negatively affected in many places. Life will become more difficult in the poorer countries of Asia and Africa, which already suffer from poor soil and lack of water. Millions of people could be forced to leave their homes
and countries in search of food and a better life.

Why are temperatures rising? Scientists no longer have any doubts about the cause. The burning of fossil fuels like coal and petroleum releases carbon dioxide (CO2) into the atmosphere. CO2 has always been a part of the atmosphere. However, over the past 150 years, the amount of CO2 released into the atmosphere has increased enormously. At the same time, the forests that once absorbed CO2 are being cut down. The result is a thick blanket of CO2 that covers the earth, making it warmer.

There is only one way to slow down this warming of the earth and that is by reducing the amount of CO2 released into the atmosphere. This can be done by replacing fossils fuels with new energy sources –such as wind power, solar power, or hydrogen fuel cell – that do not release CO2 or other polluting chemicals.

4. The ice in Antarctica is melting because A. sea levels are rising.
B. the temperature of the atmosphere is warmer.
C. there is a slight decrease in the temperature.
D. more people are travelling to Antarctica.

Jawapan: B

5. The rising temperature of the ocean is
A. helping many forms of marine life.
B. bringing better weather to
tourist resorts.
C. preventing storms from forming.
D. killing many kinds of marine life.

Jawapan: D

6. We can infer from this passage that climate change will result in
A. more people moving from developing countries to industrialized countries.
B. poorer countries will be modernized in the future.
C. fewer people moving from developing countries to industrialized countries.
D. more people becoming farmers in the developing countries.

Jawapan: C

SEKSYEN D – ESEI BAHASA MELAYU

Masa: 1 jam

Bilangan Soalan: 3 jawab 1

Panjang Esei: Bilangan perkataan adalah tidak dihadkan

Penerangan : Dalam seksyen ini calon dikemukakan isu-isu yang menjemput pandangan tentang sesuatu masalah. Dalam syeksen ini juga calon dikemukakan isu-isu yang meminta pandangan tentang sesuatu masalah. Penilaian dalah berdasrkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas,teratur dan munasabah. Objektif utama adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan bahasa Melayu.
Contohnya: “Cara-cara untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur.”

SEKSYEN E soalan peperiksaan juruaudit  – ESEI BAHASA INGGERIS

Masa: 1 jam

Bilangan Soalan: 3 jawab 1

Panjang Esei: Bilangan perkataan adalah tidak dihadkan.
Penerangan : Dalam seksyen ini calon dikemukakan isu-isu yang memerlukan pandangan tentang sesuatu masalah. Contohnya: “Electronic Government in Malaysia.”

Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah. Objektif utama adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris.

Nasihat-nasihat berikut diharap dapat membantu calon-calon dalam menjawab soalan peperiksaan juruaudit ini.

Soalan Objektif  (Soalan-soalan di dalam Seksyen A dan B)

(a) Calon perlu peka bahawa kesemua calon yang menduduki peperiksaan ini adalah dari pelbagai bidang akademik. Soalan-soalan yang dikemukakan juga meliputi kesemua bidang akademik. Oleh yang demikian terdapat beberapa soalan yang berkemungkinan sukar untuk individu tertentu menjawab kerana berada di luar bidang pengkhususan. Soalan-soalan tersebut, walau bagaimanapun, mungkin sesuai untuk calon lain yang berpengetahuan dalam bidang tersebut.

Oleh itu, jika terdapat soalan yang tidak boleh dijawab dinasihatkan agar calon tidak membuang masa dan terus menjawab soalan-soalan yang berikutnya. Apabila masa mengizinkan kembali kepada soalan tersebut.

(b) Soalan objektif adalah soalan aneka pilihan, 4 opsyen jawapan dikemukakan dan calon perlu memilih 1. Jawapan yang dikehendaki bukan sahaja yang betul tetapi yang paling tepat. Apabila membaca dan mengkaji ke semua opsyen yang dikemukakan kerana yang diperlukan adalah jawapan yang paling tepat. Dengan meninggalkan jawapan-jawapan yang difikirkan salah, opsyen jawapan akan berkurangan dan ini dapat membantu dalam proses pemilihan jawapan yang tepat.

(c) Bagi merekod jawapan, calon dibekalkan borang khas yang akan diproses menggunakan komputer. Ditegaskan agar calon menggunakan pensil 2B sahaja.
Jika alatulis-alatulis lain digunakan, jawapan calon tidak diambilkira kerana komputer tidak dapat memprosesnya. Jika calon perlu membuat perkiraan,
jawapan contoh dan sebagainya, gunakan kertas lain atau buku soalan. Borang yang dibekalkan adalah khusus untuk merekod jawapan.

Soalan Esei (Soalan-soalan dalam Seksyen D dan E)

(a) Soalan-soalan esei terdapat di dalam dua seksyen iaitu Seksyen D (esei Bahasa Melayu) dan Seksyen E (esei Bahasa Inggeris). Bagi setiap seksyen calon perlu memilih satu daripada tiga soalan yang dikemukakan.

(b) Masa 1 jam bagi menjawab setiap esei. Tujuan calon diberi masa masa panjang adalah untuk menggalakkan penulisan esei yang bernas, teratur, teknik persembahan serta susunan perkataan yang terbaik. Bilangan perkataan adalah tidak dihadkan. Tulisan perlu kemas dan calon digalakkan menggunakan gaya bahasa yang bervariasi, di samping penggunaan kosa kata yang luas dan tepat.

Calon-calon juga seharusnya dapat mengemukakan idea-idea dengan jelas dan matang serta disertakan contoh yang tepat dan sesuai. Oleh yang demikian calon dinasihatkan untuk menggunakan sekurang-kurangnya 10 minit untuk merancang,membuat rangka jawapan dan sebagainya sebelum esei ditulis.

Kami sertakan juga di sini analisis kenapa calon gagal Peperiksaan SPA

Setiap peperiksaan bertulis dirangka dengan beberapa seksyen yang seakan sama dan komponen wajib/sama dalam jawatan Gred 41 adalah;

[1] Pengetahuan Am
Seksyen ini sememangnya agak membunuh calon yang TIDAK MEMBACA atau  tidak peka dengan keadaan perubahan sekeliling. Tidak banyak yang boleh dilakukan untuk membantu, mereka harus bantu diri mereka sendiri. Ianya adalah antara TAHU dan TAK TAHU, jika TAK TAHU isu/fakta tersebut memang tidak boleh jawab.

Penyelesaian: Peka dengan ISU SEMASA dan banyak membaca akhbar, sejarah, pencapaian negara dan sebagainya.

[2] Matematik
Seksyen ini pun membunuh calon tapi untuk yang lemah matematik dan kurang yakin pada diri sendiri. Sebenarnya ianya tidak sukar kerana pada asasnya SPA menetapkan yang silibus hanya sehingga SPM. Dan calon yang layak dipanggil menduduki peperiksaan adalah mereka yang LULUS MATEMATIK SPM. Jadi sepatutnya tidak ada masalah!

Penyelesaian: Banyakkan latih tubi soalan Matematik PMR dan SPM. Beli satu dua buku latihan di kedai buku dan ianya dah cukup untuk anda.

[3] Esei BI/BM
Yang ini pun seharusnya tidak ada masalah dengan syarat, calon tahu isu yang diketengahkan. Jika tidak tahu memang agak sukar. Cuba mula rangka dengan konsep penulisan “5 Wives 1 Husband, iaitu What, When, Where, Who, Why & How. Untuk satu-satu isu, jawab semua ‘W’ tadi dan berikan solusi dalam komponen ‘H’ untuk satu perenggan sebelum kesimpulan.

Penyelesaian: Banyakkan membaca akhbar dan tahu isu semasa kerana kebanyakan soalan adalah mengenai isu semasa sahaja.

[4] Penyelesaian masalah
Soalan sebegini sedikit pening/keliru jika calon tidak membaca dengan hati-hati. Apa yang perlu ialah anda teliti dan tulis dahulu sebelum buat analisa jawapan. Ada yang terus fikir di dalam kepada dan akhirnya TERBELIT dengan jawapan yang hampir.

Penyelesaian: Buat satu persatu, baca dengan hati-hati dan tulis untuk rangka penyelesaian.

Diharapkan analisis ini memberikan anda idea untuk membuat persediaan dan seterusnya berjaya melepasi tahap tapisan pertama ini!

Kami mendoakan anda supaya dimudahkan serta tenang dan berasa yakin dalam menjawab soalan peperiksaan juruaudit nanti. Mudah-mudahan anda berja serta mendapat panggilan untuk ditemduga dsan seterusnya berjaya menyandang jawatan sebagai Juruaudit di negara kita. Selamat maju Jaya!

Anda disyorkan untuk mendapatkan rujukan yang lebih lengkap untuk menjawab soalan peperiksaan juruaudit ini. Anda boleh dapatkan rujukan tersebut dengan layari banner di bawah.

Soalan Peperiksaan Juruaudit

Share/Save/Bookmark

Blog Temuduga Kerja Kerajaan

interview

http://kerja.rajakamil.biz/category/interview/

Incoming search terms:

  • contoh soalan pengetahuan am spa
  • pengetahuan am mengenai malaysia dan alam sekeliling
  • pengetahuan am juruaudit
  • pengetahuan am pengauditan
  • contoh soalan matematik algebra dan geometri
  • contoh soalan ekonomi asas