Temuduga Latihan Separa Perubatan


 

Latihan Separa perubatan

Kini sesi temuduga bagi Latihan Separa Perubatan kembali lagi dan ia merupakan peluang bagi mereka yang telah memohon serta untuk layak bagi mengikuti program ini. Buat mereka yang telah lama menanti serta terpilih untuk ditemuduga, ini merupakan peluang keemasan buat mereka untuk menceburi bidang tersebut.

Mudah-mudahan mereka yang ditemuduga nanti akan berjaya dan dipilih untuk mengikut latihan ini. Justeru itu kami sertakan di sini informasi serta panduan bagi mereka yang akan mengikuti temuduga ini dengan harapan ianya bermanfaat buat anda.

Sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita kenali, apa itu latihan separa perubatan?


Latihan Separa Perubatan merupakan di antara salah satu latihan yang disediakan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ( SPA ) bagi mereka yang ingin berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) dan ianya perlu melepasi peperiksaan ataupun temuduga bagi tujuan itu.

Bila pengambilan kalau lulus peperiksaan atau temuduga ni ya…?
Pengambilan untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan bagi mereka yang telah lulus adalah sebanyak 2 kali dalam setahun pada tiap-tiap tahun iaitu pada bulan Januari dan juga Julai.

Sebenarnya terdapat pelbagai jenis latihan separa perubatan yang ditawarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)Untuk mengetahui apakah jenis-jenis latihan yang ditawarkan kali ini, Jom kita lihat senarai 4 latihan separa perubatan di bawah ini :

a) Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
b) Latihan Jururawat Masyarakat
c) Latihan Pembantu Kesihatan Awam
d) Latihan Jururawat

 

Hanya Latihan Jururawat sahaja bertaraf DIPLOMA manakala untuk Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian, Latihan Jururawat Masyarakat, dan juga Latihan Pembantu Kesihatan Awam pula bertarap SIJIL.

Hanya LATIHAN JURURAWAT yang bertaraf Diploma sahaja yang mempunyai ujian bertulis dan sesi temuduga “face to face” manakala untuk 3 latihan yang lain hanya mempunyai sesi temuduga sahaja.

Untuk peringkat diploma, mereka yang terpilih akan menjalani latihan 3 tahun, manakala 2 tahun bagi sijil. Latihan diberi secara percuma dan diberikan biasiswa sepanjang pengajian.

Selepas berjaya menamatkan latihan, pelatih dijamin pekerjaan tetap dan ditempatkan di hospital atau klinik kesihatan kerajaan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Bagi calon yang layak akan diberi surat untuk menduduki ujian atau boleh semak di Portal SPA.

Tempoh sahlaku permohonan calon yang telah memohon melalui Internet (SPA8i) adalah satu tahun. Calon dikehendaki mengisi semula permohonan selepas tempoh tersebut.

Untuk calon Kenaikan Pangkat Secara Latihan(KPSL), boleh melanjutkan tempoh permohonan dengan hanya menulis surat kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dengan menyatakan No. Kad Pengenalan dan nama bagi tujuan perlanjutan tersebut.
Sekiranya calon mempunyai pertanyaan atau sebarang masalah, bolehlah menyalurkannya ke:

Alamat Surat-Menyurat:

Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pengambilan Khas
Aras 7, Blok C7, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62520 PUTRAJAYA
Tel: 03 – 8885 6000

 

 

Kita akan melihat perincian yang lebih mendalam bagi setiap latihan separa perubatan yang ditawarkan untuk pengambilan pada kali ini.

 

LATIHAN PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN

Terdapat tiga panggilan untuk Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian ini. Berikut disertakan tarikh dan juga maklumat ataupun statistik bagi setiap pemgambilan.

 

Statistik untuk pengambilan pada 11/3/2012 sehingga16/3/2012


Statistik untuk pengambilan pada 26/3/2012 sehingga 29/3/2012


Statistik untuk pengambilan pada 02/4/2012 sehingga 05/4/2012


 

 

Berikut merupakan maklumat lanjut berkenaan dengan Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian:

Jantina: Lelaki dan Perempuan

Tempoh Latihan: 2 tahun

Biasiswa Semasa Latihan: RM517.15 sebulan

Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tempat Latihan:
Pusat Pergigian Kanak-kanak dan Kolej Pergigian Malaysia, Pulau Pinang

Syarat Latihan:
i) Warganegara : Malaysia

ii) Umur: Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.Pegawai sedang berkhidmat (bukan Peningkatan Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

iii) Kelayakan: Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

iv) Keutamaan: Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan Sains/Sains Paduan serta lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik; Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;

Syarat Peningkatan Secara Lantikan: Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Atendan Kesihatan/Pembantu Perawatan Kesihatan adalah layak dipertimbangkan secara Peningkatan Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan: mempunyai kelayakan di para (iii) di atas; dan berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.

Perhatian: Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan di peringkat sijil akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U4-1.

 

 

LATIHAN JURURAWAT MASYARAKAT

Terdapat tiga panggilan untuk Latihan Jururawat Masyarakat ini. Berikut disertakan tarikh dan juga maklumat ataupun statistik bagi setiap pemgambilan.

 

Statistik untuk pengambilan pada 12/3/2012 sehingga 21/3/2012


 

 

Statistik untuk pengambilan pada 18/3/2012 sehingga 30/3/2012


 

Statistik untuk pengambilan pada 19/3/2012 sehingga 23/3/2012


 

Berikut merupakan maklumat lanjut berkenaan dengan Latihan Jururawat Masyarakat :

Jantina: Perempuan sahaja

Tempoh Latihan: 2 tahun 6 bulan

Biasiswa Semasa Latihan: RM517.15 sebulan

Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tempat Latihan:
Kolej Jururawat Masyarakat, Pasir Mas, Kelantan
Kolej Jururawat Masyarakat, Jerantut, Pahang
Kolej Jururawat Masyarakat, Kluang, Johor
Kolej Jururawat Masyarakat, Batu Pahat, Johor
Kolej Jururawat Masyarakat, Segamat, Johor
Kolej Jururawat Masyarakat, Port Dickson, Negeri Sembilan
Kolej Jururawat Masyarakat, Kulim, Kedah
Kolej Jururawat Masyarakat, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Kolej Jururawat Masyarakat, Serian, Sarawak
Kolej Jururawat Masyarakat, Tawau, Sabah

Syarat Latihan:
i) Warganegara : Malaysia

ii) Umur: Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
Pegawai sedang berkhidmat (bukan Peningkatan Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

iii) Kelayakan: Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

iv) Keutamaan: Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan Sains/Sains Paduan serta lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik. Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;

Syarat Peningkatan Secara Lantikan: Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Atendan Kesihatan/Pembantu Perawatan Kesihatan adalah layak dipertimbangkan secara Peningkatan Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Jururawat Masyarakat apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
mempunyai kelayakan di para (iii) di atas; dan berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh lantikan.

Perhatian: Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan di peringkat sijil akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Jururawat Masyarakat Gred U4-2.

 

 

LATIHAN PEMBANTU KESIHATAN AWAM

Terdapat dua panggilan untuk Latihan Pembantu Kesihatan Awam ini. Berikut disertakan tarikh dan juga maklumat ataupun statistik bagi setiap pemgambilan.

 

Statistik untuk pengambilan pada 09/3/2012 sehingga 09/3/2012


 

 

Statistik untuk pengambilan pada 02/4/2012 sehingga 04/4/2012


 

Berikut merupakan maklumat lanjut berkenaan dengan Latihan Pembantu Kesihatan Awam:

Jantina: Lelaki sahaja

Tempoh Latihan: 2 tahun

Biasiswa Semasa Latihan: RM517.15 sebulan

Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tempat Latihan:
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sungai Buloh, Selangor
Kolej Latihan Pembantu Kesihatan Awam, Batu Rakit, Terengganu

Syarat Latihan:
i) Warganegara : Malaysia

ii) Umur: Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.Pegawai sedang berkhidmat (bukan Peningkatan Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

iii) Kelayakan: Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

iv) Keutamaan: Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan Sains/Sains Paduan serta lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik; Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;

Syarat Peningkatan Secara Lantikan: Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Am Rendah/Pembantu Am Pejabat, Atendan Kesihatan/Pembantu Perawatan Kesihatan dan Atendan Haiwan adalah layak dipertimbangkan secara Peningkatan Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Pembantu Kesihatan Awam apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan: mempunyai kelayakan di para (iii) di atas; dan
berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.

Perhatian: Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan di peringkat sijil akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U4-1.

 

 

LATIHAN JURURAWAT


Terdapat hanya satu panggilan untuk Latihan Jururawat ini. Berikut disertakan tarikh dan juga maklumat ataupun statistik bagi setiap pemgambilan.

Statistik untuk pengambilan pada 09/3/2012 sehingga 09/3/2012

 

 

Berikut merupakan maklumat lanjut berkenaan dengan Latihan Jururawat :


Jantina: Lelaki dan Perempuan

Tempoh Latihan: 3 tahun (bagi calon Lantikan Terus)
1 tahun (bagi calon PSL daripada Jururawat Masyarakat)

Biasiswa Semasa Latihan: RM621.21 sebulan

Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tempat Latihan:
Kolej Kejururawatan Alor Setar, Kedah
Kolej Kejururawatan Sungai Petani, Kedah
Kolej Kejururawatan Pulau Pinang
Kolej Kejururawatan Ipoh, Perak
Kolej Kejururawatan Taiping, Perak
Kolej Kejururawatan Seremban, Negeri Sembilan
Kolej Kejururawatan Melaka
Kolej Kejururawatan Muar, Johor
Kolej Kejururawatan Johor Bahru, Johor
Kolej Kejururawatan Kuantan, Pahang
Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu, Terengganu
Kolej Kejururawatan Kubang Kerian, Kelantan
Kolej Kejururawatan Sibu, Sarawak
Kolej Kejururawatan Kota Kinabalu, Sabah
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sungai Buloh (KSKB) Selangor
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kuching Sarawak
Kolej Kejururawatan Sandakan, Sabah

Syarat Latihan:
i) Warganegara : Malaysia

ii) Umur: Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan. Pegawai sedang berkhidmat (bukan Peningkatan Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

iii) Kelayakan: Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; Kepujian mata pelajaran Matematik, Sains dan 3 mata pelajaran lain; dan Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

iv) Keutamaan: Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;

Syarat Peningkatan Secara Lantikan: Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jururawat Masyarakat adalah layak dipertimbangkan Peningkatan Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Jururawat apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.
Perhatian: Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Jururawat Gred U2-1.

 

 

SOALAN RAMALAN SPESIFIK MENGIKUT LATIHAN

1- Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
a) Apa yang anda tahu tentang Pembantu Pembedahan Pergigian
b) Apakah tugas-tugas yang bakal dipikul sebagai seorang Pembantu Pembedahan Pergigian

2- Latihan Jururawat Masyarakat
a) Apa yang anda tahu tentang Jururawat Masyarakat
b) Apakah tugas-tugas yang bakal dipikul sebagai seorang Jururawat Masyarakat

3- Latihan Pembantu Kesihatan Awam
a) Apa yang anda tahu tentang Pembantu Kesihatan Awam
b) Apakah tugas-tugas yang bakal dipikul sebagai seorang Pembantu Kesihatan Awam

4- Latihan Jururawat
a) Apa yang anda tahu tentang Jururawat
b) Apakah tugas-tugas yang bakal dipikul sebagai seorang Jururawat
c) Sebutkan beberapa etika sebagai seorang Jururawat?

 

 

SOALAN RAMALAN UMUM UNTUK LATIHAN SEPARA PERUBATAN


1. Boleh perkenalkan diri anda?
2. Mengapa anda memohon jawatan ini?
3. Kenapa anda yang harus kami pilih, dan bukan calon lain? Apa kelebihan anda?
4. Apakah kelemahan anda yang harus kami ketahui? Adakah anda melakukan sebarang perkara yang akan membantu   anda mengatasi kelemahan tersebut?
5. Di manakah anda 5 tahun dari sekarang?
6. Apa yang anda tahu tentang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)? Apakah peranan peranan yang dimainkan oleh SPA?
7. Kerajaan memperkenalkan konsep KPI (Key Performance Indicator) untuk mengukur kecekapan dan keberkesanan menteri menteri yang dilantik di dalam kabinet. Boleh anda ulas sedikit tentang ini?
8. Selain daripada KPI, apa lagi langkah langkah atau mekanisme yang membolehkan sesebuah majikan mengukur kemampuan seseorang pekerja?
9. Nyatakan satu contoh di mana anda telah menonjolkan bakat kepemimpinan semulajadi dalam melaksanakan sesuatu aktivit atau program yang besar dan berjaya.
10. Kenapa jawatan dalam kerajaan yang dipilih. Kenapa tidak swasta? Apa kelebihan dan kekurangan bekerja dengan kerajaan berbanding dalam sektor swasta?
11. Jika anda keluar dari sektor swasta dan masuk ke jabatan kerajaan, bagaimana anda boleh meyakinkan kami bahawa anda tidak akan keluar dan masuk semula ke sektor swasta?
12. Aung San Suu Kyi adalah pejuang demokrasi yang dinafikan hak hak kemanusiaan oleh negaranya Myanmar. Sebagai sebuah negara yang berada di kerantauan yang sama, apa yang boleh dilakukan oleh Malaysia untuk menyuarakan kerisauan antarabangsa dan dalam masa yang sama mengekalkan hubungan diplomatik kedua dua hala?
13. Sebagai seorang pegawai sumber manusia, apakah strategi yang boleh anda lakukan untuk memastikan tahap motivasi pekerja di semua jabatan atau unit berada pada tahap yang tertinggi?
14. Bagaimana anda boleh menyelesaikan konflik atau perselisihan pendapat dengan rakan sekerja anda?
15. Anda baru dilantik ke sebuah jabatan kerajaan. Anda mendapati, terdapat beberapa kepincangan dalam beberapa proses dan prosedur perkhidmatan yang diberikan oleh jabatan anda. Sebagai orang bawah yang baru sahaja bekerja, bagaimana anda boleh mengutarakan pendapat anda kepada pegawai lain yang lebih tinggi pangkatnya?
16. Seorang pegawai kerajaan akan sentiasa menghadapi kemungkinan untuk dipindah lokasi dan tempat bekerja. Terangkan respons anda terhadap komitmen sebegini. Bagaimana anda akan menyelesaikan segala cabaran yang muncul dalam proses perpindahan ini?
17. Pada pendapat anda, adakah sistem pendidikan di negara ini berada pada landasan yang betul? Apa yang anda mahu lihat pada sistem pendidikan yang masih belum ada buat masa ini?
18. Apakah tema sambutan kemerdekaan pada tahun ini?
19. Siapakah Menteri Kesihatan?
20.Kempen apa yang menteri kesihatan pernah buat?
21.Apakah visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia?
22. Boleh ceritakan serba sedikit penyakit yang anda tahu?
23. Bagaimana kita boleh mencegah Denggi?
24. Apakah faktor yang boleh menghindarkan kita dari terkena keracunan makanan?
26. Siapakah Menteri Kewangan ke-2
27. Apa itu integriti?
28. Apa yang anda faham mengenai konsep 1 Malaysia?
29. Apakah nama klinik rakyat yang disedikan oleh kerajaan?
30. Bagaimana cara yang betul mencuci tangan?
31. Apa itu selsema burung?
32. Bagimana cara untuk kita menambah kesedaran kepada orang ramai tentang cara bagi menhindarkan sesuatu         penyakit?
33. Apa yang anda faham tentang bidang tugas yang anda mohon?
34. Adakah anda bersedia sekiranya dihantar bertugas ke sabah sarawak (bagi mereka yang dari semenanjung) / ke semenanjung (bagi mereka yang dari sabah sarawak)?
35. Ada apa-apa lagi yang anda ingin tanya?

 

Buat para calon yang bakal menghadapi temuduga serta yang sedang menunggu keputusan bagi mengikuti Latihan Separa Perubatan ini, kami mendoakan mudah-mudahan anda berjaya serta tercapai segala apa yang diinginkan. Semoga Berjaya…!

 

Untuk lebih bersedia dalam menghadapi temuduga ini, anda disyorkan membeli dan membaca ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Share/Save/Bookmark

Blog Temuduga Kerja Kerajaan

interview

http://kerja.rajakamil.biz/category/interview/

Incoming search terms:

  • latihan jururawat
  • spa 8 sabah jururawat
  • temuduga jururawat spa
  • temuduga latihan jururawat
  • spa8 sabah jururawat
  • keputusan temuduga jururawat 2012
  • pengambilan jururawat masyarakat 2012
  • semakan temuduga jururawat
  • semakan keputusan permohonan separa perubatan 2012
  • semakan keputusan temuduga pembantu perawatan kesihatan