Exam Pegawai Kawalan Trafik Udara A41


Spa dah keluarkan jandual peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara, boleh buat semakan di
>> http://www.spa.gov.my/Portal/Semak_Online/Jadual_Peperiksaan

Exam Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41
Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Maka soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas.

Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41. Peperiksaan ini melibatkan 2 bahagian berasingan. Setiap bahagian adalah penting kerana mengukur calon dalam satu atau dua aspek sahaja. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi kesemua bahagian. Jika prestasi yang sangat baik dipamerkan pada satu atau dua bahagian sahaja maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang menggalakkan bagi setiap bahagian, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokuskan kepada bahagian tertentu sahaja.

Kelulusan peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia berserta lulus dalam bahagian ini akan di panggil untuk temu duga.

Ujian khas ini mengandungi dua (2) Bahagian iaitu :

Bahagian I – Ujian Psikologi
Bahagian II – Kecenderungan

BAHAGIAN I
Sahsiah

BAHAGIAN II
Seksyen A – Pengetahuan Am
Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah / Mathematics and Problem Solving
Seksyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris

BAHAGIAN I

Mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.
Masa : 40 minit
Soalan : 185 (aneka pilihan)

BAHAGIAN II

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM
Ujian ini mengandungi 50 soalan berbentuk aneka pilihan.
Soalan-soalan yang dikemukakan adalah berkenaan perkara berkaitan dengan air safety, hal ehwal semasa, politik, sosial, sains teknologi, sukan, ekonomi dan lain-lain perkembangan.
Masa : 40 minit
Soalan : 50 soalan aneka pilihan

CONTOH SOALAN :
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai juga dikenali sebagai
A. Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail Petra
B. Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail
C. Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Azlan Shah
D. Lapangan Terbang Antarabangsa Tengku Ibrahim

SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH / MATHEMATICS AND PROBLEM SOLVING
Ujian ini mengandungi 40 soalan berbentuk aneka pilihan.
Seksyen ini bertujuan menguji kebolehan daya menyelesaikan masalah, kecekapan memahami permasalahan dan menguji kebolehan calon membezakan antara pertalian dan simbol abstrak. Seksyen ini akan diuji di dalam Bahasa Inggeris.
Masa : 45 minit
Soalan : 40 soalan aneka pilihan

CONTOH SOALAN :
If 16 X 16 X 16 = 8 X 8 X P, then P = ?
A 4
B 8
C 48
D 64

SEKSYEN C – KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS
Aspek yang diukur ialah:
(i) Kemahiran memindahkan maklumat;
(ii) Kefahaman
(iii) Kemahiran tatabahasa dan kosa kata
Masa : 30 minit
Soalan : 25 soalan aneka pilihan

CONTOH SOALAN :

“No Footwear Beyond This Point”
Choose the statement that best explains the sign.
A Please remove your shoes before entering.
B Please leave your belongings at the security before entering.
C You are not allowed to shop here.
D You are not permitted to smoke here.

NOTA :
Hanya calon yang LULUS Bahagian I dan II (Bertulis) akan dipanggil menduduki Bahagian III (Ujian Lisan).

BAHAGIAN III
ORAL COMMUNICATION (APPTITUDE TEST)
Ujian ini bertujuan untuk menguji kebolehan seseorang calon untuk membaca dan memahami maksud perkataan dan idea yang berkaitan dengannya. Ujian ini mengandungi 3 set soalan iaitu :
i. Set A
ii. Set B
iii. Set C
iv. Ketiga-tiga set adalah berkenaan dengan perhubungan lisan (Oral Communication). Ianya juga adalah untuk menguji kebolehan seseorang calon bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan lancar dan fasih. Ini adalah untuk memastikan bahawa calon-calon mempunyai suara yang terang dan tegas supaya juruterbang dapat memahami arahan-arahan dengan jelas.

sumber www.spa.gov.my/Portal

info kerjaya | jawatan kosong 2012

Incoming search terms:

  • pegawai kawalan trafik udara 2012
  • contoh soalan temuduga penolong pegawai kawalan trafik udara
  • temuduga penolong pegawai kawalan traffik udara