Iklan Jawatan Kosong (PSH) Kerajaan Negeri Johor


Rakyat Negeri Johor atau warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor :

1. PEKERJA SAMBILAN HARIAN (ICT)

KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENGURUSAN MAKLUMAT & ICT

KUMPULAN PERKHIDMATAN : SOKONGAN/PELAKSANA

TARAF JAWATAN : SAMBILAN

GRED GAJI/JADUAL GAJI : RM 54.00 sehari

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Sijil Pelajaran Malaysia serta lulus subjek elektrik atau elektronik atau teknologi maklumat pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(d) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(e) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(f) Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(g) Sijil dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
(h) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

TEMPOH PERKHIDMATAN : 1 hingga 3 bulan dan tidak melebihi 6 bulan.

CARA MEMOHON :
1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang SPAJ.03 yang boleh cetak daripada Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (SPAJ) – http://spaj.johordt.gov.my

2. Borang-borang yang sempurna diisi hendaklah disertakan gambar berukuran pasport terkini dan juga SALINAN PHOTOSTAT Sijil Beranak, Kad Pengenalan, Sijil LCE/SRP/PMR, Sijil MCE/SPM/SPMV, Sijil STP/STPM/STAM, Sijil Berhenti Sekolah, Diploma atau Ijazah beserta salinan transkrip yang lengkap setiap semester berserta Cetakan Pengiktirafan Kelayakan JPA dan dicatatkan nama jawatan berkenaan di
penjuru kiri atas setiap sampul surat. Calon-calon dikehendaki menyatakan semua kelayakan yang ada semasa memohon apa jua jawatan yang diiklankan. Kelayakan tersebut hendaklah diisi didalam borang permohonan. [Sekiranya permohonan tidak disertakan syarat sepertimana yang di atas, pihak kami akan
menolak permohonan tersebut].

4. Hanya calon-calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Sekirannya
pemohon tidak menerima sebarang jawapan selepas (3) tiga bulan dari tarikh permohonan
dihantar adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

5. Sila kunjungi kami Facebook & Twitter SPAJ untuk mengetahui isu semasa dan status
terkini.

PERMOHONAN YANG LENGKAP HENDAKLAH DIHANTAR KEPADA:

Setiausaha,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor,
Aras 3, Blok A, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak,
Kota Iskandar,
79000 Nusajaya, Johor Darul Ta’zim.

Tarikh Tutup Permohonan : 19 Jun 2012

Iklan jawatan klik sini
Borang jawatan klik sini

info kerjaya | jawatan kosong 2012

Incoming search terms:

  • www spaj gov my
  • spaj gov my
  • spaj johordt gov my
  • www spaj johordt gov my
  • spaj johordt
  • spaj gov my jawatan kosong
  • borang spaj
  • spa johor
  • spaj 2014
  • www spaj com my

Comments are closed.