Jawatan Kosong Di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (Keutamaan kepada rakyat Negeri Kedah Darul Aman) yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan secara Kontrak/Tetap di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) seperti berikut:-

1. Pegawai Pertanian
2 Pegawai Tadbir
3. Pegawai Penerangan
4. Penolong Jurutera (Jentera/Awam)
5. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi
6. Penolong Akauntan
7. Pembantu Ehwal Ekonomi
8. Juruteknik Awam
9. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
10. Pembantu Tadbir (Kewangan)
11. Pemandu Kenderaan
12. Pekerja Awam

Cara memohon:

1) Semua permohonan hendaklah menggunakan borang KEDA AM 1/2011 yang boleh didapati melalui laman web www.keda.gov.my. Permohonan daripada kakitangan kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terakhir.

2) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan:
a) Salinan sijil atau keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang disyaratkan;
b) Salinan sijil kelahiran, kad pengenalan dan sijil-sijil persekolahan.

3) Permohonan berikut akan ditolak:
a) Tidak disertakan salinan dokumen yang diperlukan;
b) Tidak lengkap atau tidak terang;
c) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
d) Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat;
e) Tidak ditandatangani; dan
f) Diterima selepas tarikh tutup permohonan.

4. Permohonan hendaklah dialamatkan kepada:

Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)
Bangunan Tunku, Jalan Tunku Ibrahim
Peti Surat 195
05720 Alor Setar
KEDAH DARUL AMAN

Iklan Jawatan Kosong
Borang Jawatan Kosong

Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah di tulis NAMA JAWATAN yang dimohon.

5. Tarikh tutup permohonan: 1 Julai 2012.

6. Catatan Am:
a) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
b) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.
c) Permohonan yang lewat dan sebarang tuntutan perjalanan menghadiri temuduga jawatan ini tidak akan dilayan.

info kerjaya | jawatan kosong 2012

Incoming search terms:

  • jawatan kosong kedah 2013
  • jawatan kosong kerajaan kedah 2013
  • jawatan kosong negeri kedah 2013
  • kerja kosong di kedah 2013
  • jawatan kosong 2013 kedah
  • jawatan kosong di kedah 2013
  • kerja kosong di alor setar 2013
  • jawatan kosong kerajaan negeri kedah 2013
  • jawatan kosong kerajaan 2013 kedah
  • kerja kosong kedah 2013

Comments are closed.