Beza nazar dan niat

Download Panduan Lengkap Temuduga

Isi borang di bawah :

Your Privacy is SAFE

SOALAN:

BOLEH ustaz jelaskan perbezaan antara nazar dan niat? Jika seseorang itu berniat, ‘Jika aku dapat kerja itu nanti, aku akan derma RM500 kepada anak-anak yatim’, perlukah dia menunaikannya sedangkan dia hanya berniat dan bukannya bernazar?

JAWAPAN:

NAZAR ialah suatu perkara yang berbeza dengan niat. Nazar merupakan perkara yang wajib ditunaikan, sedangkan niat pula perkara yang mengesahkan sesuatu amal itu.

Sesuatu perkataan itu menjadi nazar jika digunakan perkataan, Wallahi, Wa Billahi, Wa Tallahi.

Sebagai contoh, Wallahi, jika aku dapat kerja itu aku akan derma RM500 kepada anak yatim. Maka ia dikira nazar dan wajib ditunaikan jika sampai hajatnya.

Adapun perkataan daripada soalan yang bertanya, ia merupakan niat biasa dan afdal jika ditunaikan kerana setiap niat yang baik itu jangan ditangguhkan untuk dilaksanakan. Insya-Allah diterima Allah.

- KOSMO!

MY ADHA – SUMBER MAKLUMAT, JAWATAN KOSONG KERAJAAN, KERJAYA DAN PENDIDIKAN GURU

jawatan kosong

http://kerja.rajakamil.biz/category/jawatan-kosong/