Bajet 2013: Pemeriksaan Mamogram Percuma Bagi Wanita Berumur 40 Tahun Ke Atas


Wanita berusia 40 tahun ke atas kini boleh menikmati pemeriksaan mamogram percuma, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya sebanyak RM25,000 diperuntuk bagi tujuan berkenaan yang dianggarkanmemberi faedah kepada kira-kira 100,000 wanita.

Ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini, Najib berkatainsentif berkenaan termasuk di bawah peruntukan keseluruhan berjumlah RM50 jutabagi memperkasa peranan wanita dalam pembentukan keluarga bahagia danpembangunan ekonomi negara.

Antara insentif lain, melatih 500 wanita di bawah Program Pengarah Wanitauntuk diketengahkan sebagai ahli lembaga pengarah syarikat, dan mempertingkatprogram Inkubator Keusahawanan Ibu Tunggal (I-KIT) untuk memberi khidmat nasihatdan latihan kepada ibu tunggal dalam bidang keusahawanan.

Beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akanmengagihkan peruntukan berjumlah RM50 juta dalam bentuk geran RM1,000 kepada 50usahawan kecil terutama wanita untuk meningkatkan jualan dalam talian melaluiprogram Get Malaysian Business Online (GMBO).

“Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) di bawah KementerianPembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan diperuntuk sebanyak RM1.2bilion meliputi program bantuan warga emas, bantuan kanak-kanak, elaun pekerjaorang kurang upaya serta bantuan penyakit kronik,” katanya.

Najib berkata kerajaan juga memperuntuk RM400 juta di bawah program 1Azamyang dijangka memberi manfaat kepada 58,330 individu berpendapatan rendah.

Bagi membantu golongan warga emas atau kanak-kanak jalanan dan golongangelandangan, sebanyak enam buah Anjung Singgah akan diwujudkan sebagai tambahankepada dua yang sedia ada.

“Kerajaan juga akan menyediakan lima buah Anjung Kasih di Hospital Sibu,Miri, Temerloh, Seremban dan Ipoh bagi menyediakan tempat penginapan sementaradan selesa kepada pesakit miskin atau anggota keluarga yang mengiringi pesakityang sedang menerima rawatan di hospital kerajaan,” katanya.

- BERNAMA

MY ADHA – SUMBER MAKLUMAT, JAWATAN KOSONG KERAJAAN, KERJAYA DAN PENDIDIKAN GURU

jawatan kosong

http://kerja.rajakamil.biz/category/jawatan-kosong/


Comments are closed.