Lebih ramai anggota PDRM diperlukan 2013

Download Panduan Lengkap Temuduga

Isi borang di bawah :

Your Privacy is SAFE

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan memerlukan lebih ramai anggota menjelang 2013 selaras dengan pertambahan penduduk dan pembangunan negara khususnya di tempat awam dan perumahan yang semakin pesat berkembang.

Pengarah Jabatan Logistik Bukit Aman, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, bilangan keanggotaan yang besar itu diperlukan bagi membuat rondaan di kawasan terlibat seterusnya mengurangkan kadar jenayah yang berlaku.

“Langkah itu juga mampu mengurangkan kebimbangan masyarakat terhadap jenayah dan rasa selamat untuk menjalankan aktiviti seharian,” katanya selepas perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Konstabel Lelaki di Pulapal Air Hitam.

Dalam majlis tersebut, seramai 996 pelatih berjaya menamatkan latihan selama enam bulan yang bermula 9 Jun lalu dan akan berakhir 8 Disember ini.

Sementara itu, Konstabel Muhamad Aliff Mohd. Azhar 22, dari Selangor muncul sebagai Peserta Terbaik Keseluruhan Latihan Kursus Asas Konstabel Lelaki.

Muhamad Aliff yang meminati kerjaya sebagai polis sejak kecil lagi berkata, beliau terkejut apabila pihak pengurusan memanggilnya ke pejabat kerana bimbang ada melakukan sebarang kesalahan.

“Namun perasaan itu bertukar gembira apabila mereka memberitahu saya adalah peserta terbaik keseluruhan untuk siri ini,” jelasnya yang berasal dari Shah Alam, Selangor.

Sementara itu Peserta Terbaik Akademik milik Konstabel Muhammad Farhan Rosli 22 manakala Peserta Terbaik Latihan Luar ialah Konstabel Ridzwan Abdul Rakman, 21.

- UTUSAN

MY ADHA – SUMBER MAKLUMAT, JAWATAN KOSONG KERAJAAN, KERJAYA DAN PENDIDIKAN GURU

jawatan kosong

http://kerja.rajakamil.biz/category/jawatan-kosong/

Incoming search terms:

  • temuduga pdrm 2013
  • borang pdrm 2013
  • temuduga polis diraja malaysia 2013
  • Temuduga pdrm
  • pdrm vacancy 2013
  • konstabel polis 2013
  • borang temuduga polis 2013
  • temuduga polis
  • temuduga konstabel pdrm 2013
  • borang permohonan polis diraja malaysia 2013