SPR minta pengundi semak maklumat pendaftaran pemilih PRU 13

Download Panduan Lengkap Temuduga

Isi borang di bawah :

Your Privacy is SAFE

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta semua bakal pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 agar membuat semakan maklumat pendaftaran masing-masing bagi memastikan maklumat adalah tepat dan tidak menimbulkan masalah pada hari pengundian nanti.

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, sekiranya terdapat sebarang kesilapan berhubung maklumat pemilih, maka perlu terus berhubung dengan pejabat-pejabat pilihan raya negeri atau ibu pejabat SPR di Putrajaya.

‘‘Maklumat pemilih seperti ejaan nama, jantina, agama, bangsa, lokaliti, nombor MyKad, tarikh lahir dan nombor rumah boleh dibetulkan oleh SPR dalam tempoh yang singkat tanpa memerlukan proses pameran, pengesahan dan pewartaan.

‘‘Namun bagi kes yang melibatkan kemasukan semula nama ke dalam daftar pemilih, perkara itu tidak melibatkan proses-proses tersebut,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Kamaruddin berkata, SPR kini memiliki rekod sebanyak 13,105,407 pemilih berdaftar di seluruh negara untuk tempoh sehingga bulan September lalu (suku ketiga 2012).

Berikut adalah kaedah untuk pengundi membuat semakan maklumat pendaftaran :-

Telefon

Ibu Pejabat SPR di Putrajaya di talian 03-8885 6565 (pada waktu pejabat)

Laman web SPR

Layari di www.spr.gov.my dengan memasukkan nombor MyKad dalam ruang semakan yang disediakan dan maklumat pendaftaran pemilih akan dipaparkan.

Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)

Taip SPR -jarak- SEMAK -jarak- NO KAD PENGENALAN dan hantar ke 15888.

Menulis surat atau datang sendiri

Ke ibu pejabat SPR di Putrajaya atau mana-mana pejabat pilihan raya negeri.
MY ADHA – SUMBER MAKLUMAT, JAWATAN KOSONG KERAJAAN, KERJAYA DAN PENDIDIKAN GURU

jawatan kosong

http://kerja.rajakamil.biz/category/jawatan-kosong/

Incoming search terms:

  • tarikh tutup daftar pengundi 2013
  • pendaftaran pru13
  • tarikh tutup daftar mengundi 2013
  • tarikh tutup pendaftaran mengundi
  • tarikh tutup daftar pemilih 2013
  • tarikh tutup daftar mengundi
  • tarikh akhir daftar mengundi 2013
  • tarikh tutup daftar undi 2013
  • radziah@spr gov my loc:US
  • afizam@spr gov my loc:US